TAMAN SUCI SEROJA MERAH

TAMAN SUCI SEROJA MERAH
TAMAN SUCI SEROJA MERAH 1147

Friday 20 September 2013

KEFARDHUAN SEMBAHYANG JUMAAT

Tibalah hari Jumaat, penghulu bagi segala hari. Secara kebetulan pula saya sendiri dilahirkan pada hari Jumaat. =)

Namun ada peristiwa yang lagi besar tapi nampak kecil di mata kita, perkara berat tapi ramai yang meringankannya.

Mungkin ada diantara kita yang tidak amik endah berkenaan soal sembahyang Jumaat. Lalu disini saya kongsikan antara perintah daripada Allah swt dan pesanan daripada Rasulullah saw berkenaan sembahyang Jumaat.

Hukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu ‘ain apabila berhimpun syarat-syarat
sah sembahyang Jumaat itu.

Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah
berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu’ah:9)

Rasulullah saw juga menjelaskan akan kewajipan sembahyang
Jumaat itu sebagaimana sabdanya:

“Menyegerakan Jumaat itu wajib
ke atas setiap orang yang bermimpi (baligh).”
(Hadis riwayat an-Nasa’i)

Tersebut di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj:

Bahawa syara’ telah menentukan syarat-syarat wajib sembahyang Jumaat itu ke atas setiap orang yang Mukallaf iaitu baligh,
berakal, merdeka, lelaki, orang yang muqim,.yang tidak sakit dan lain-lain lagi seperti takut, tidak mempunyai pakaian, lapar dan dahaga. Dan tidak wajib Jumaat itu bagi kanak-kanak dan orang gila sebagaimana
pada sembahyang yang lain.

Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah:

“Tidak wajib Jumaat bagi orang yang pitam kerana pitam itu seperti orang gila, dan tidak
wajib bagi hamba, perempuan dan orang musafir yang diharuskan, sebagaimana sabda
Rasulullah saw:

“Sembahyang Jumaat itu hak
yang wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan
atau kanak-kanak atau orang sakit.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan lain-lain)

Sabda Baginda lagi:

“Tidaklah (wajib) sembahyang
Jumaat itu bagi orang yang musafir dan orang yang sakit.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab yang sama:

“Dan tidak wajib sembahyang Jumaat itu ke atas mereka yang berkeuzuran yang diberikan kelonggaran (rukhshah) pada
meninggalkan sembahyang berjemaah.”
(Kitab Mughni al-Muhtaj:1/376)

Dan berkata Ibnu ‘Abbas bahawa:

“Sembahyang Jumaat itu adalah seperti sembahyang berjemaah..”

Di antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang Jumaat ialah sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan
menyebabkan mayat menjadi busuk, dan orang yang menghidap penyakit cirit-birit dan takut akan mencemarkan kebersihan masjid.

Imam ar-Rafi’e juga menyebut di dalam kitab at-Tatimmah mengenai sembahyang berjemaah bahawa orang yang dipenjara (dikurung) itu juga adalah dianggap sebagai
keuzuran.
(Kitab Mughni al-Muhtaj:1/376)

Berkata asy-Syirazi di dalam kitab al-Muhadzdzab:

“Bahawa tidak wajib sembahyang
Jumaat itu bagi orang yang takut akan berlaku suatu yang tidak baik pada dirinya atau hartanya sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Ra bahawa Nabi saw bersabda:

"Barang siapa yang mendengar
seruan azan dan dia tidak pergi kepadanya untuk bersembahyang, maka tiada
sembahyang baginya kecuali orang-orang
yang mempunyai keuzuran”.

Mereka bertanya:

“Ya Rasulullah, apakah keuzuran itu?”

Baginda menjawab (bersabda):

“Tepat dan sakit.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Tidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang terkena hujan di dalam perjalanan
menuju ke masjid menyebabkan pakaiannya basah dan terhalang tujuannya untuk bersembahyang, dan tidak wajib ke atas orang
yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan dan tidak wajib pula ke atas
orang yang mempunyai keluarga (kerabat) atau menantu/ipar lelaki atau orang yang dikasihi yang hampir mati (nazak).
(Al-Muhadzdzab:1/152)

Beliau (asy-Syirazi) juga menyebutkan, diantara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang
berjemaah ialah kerana hujan lebat, berlumpur dan angin yang kuat di waktu malam yang sangat gelap, makanan yang
terhidang sedang dia merasa lapar atau menahan daripada kentut, berak dan kencing.
Daripada keuzuran berjemaah yang lain ialah orang yang takut akan berlaku sesuatu yang tidak baik (mudharat) pada dirinya atau hartanya atau dia sakit.
(Al-Muhadzdzab:1/131)

Imam an-Nawawi menyebutkan, di antara yang dikatakan keuzuran itu ialah apabila dia
takut daripada orang yang akan membuat zalim ke atas dirinya daripada sultan atau orang lain yang akan menzaliminya atau dia takut daripada pemiutang yang akan memenjarakannya atau dia mesti membayarnya sedangkan dia tidak berdaya.
Dan termasuk takut tentang sesuatu yang mengenai harta itu ialah jika sekiranya roti sudah dibakar di dapur dan periuknya sudah di atas api sedang tidak ada orang yang menjaga di tempat itu.
(Kitab al-Majmu’:4/100)

Maka daripada penjelasan terhadap kelonggaran (rukhshah) yang diharuskan bagi
meninggalkan sembahyang Jumaat itu, pegawai-pegawai yang ditugaskan bekerja pada waktu sembahyang Jumaat dan kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan, kerana tidak ada orang lain yang akan mengendalikannya,badalah keadaan tersebut termasuk dalam
keuzuran yang diharuskan syara’,
sebagaimana juga orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan, atau kerja tersebut tidak boleh ditinggalkannkerana mentaati ketua.

Di dalam Islam mentaati ketua itu adalah wajib pada perkara
yang bukan maksiat dan bukan menderhakankepada Allah dan RasulNya. Hal ini telah dijelaskan dalam firman Allah Ta’ala:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada uli al-amri (orang-orang yang berkuasa) daripada:kalangan kamu.”
(Surah an-Nisa’:59)

Baginda Rasulullah Saw
wasallam juga menjelaskan di dalam hadis daripada Ibnu ‘Umar, Nabi Saw bersabda:

“Bagi seorang Muslim itu adalah
wajib mendengar dan taat kepada orang yang berkuasa, sama ada dia menyukai atau
sebaliknya, kecuali dia diperintahkan melakukan perkara maksiat. Jika dia disuruh
melakukan perkara maksiat, maka tidak wajib mendengar dan mentaati (perkara itu).”
(Hadis riwayat Muslim)

Hendaklah diingat, bahawa pegawai yangnditugaskan itu janganlah dia bercita-cita atau
mengharapkan supaya bertugas pada waktu sembahyang Jumaat agar dia terlepas daripada pergi menunaikan sembahyang Jumaat.
Demikian juga menjadi kewajipan
ketua untuk memerhatikan dan mencari jalan dengan bijaksana bagi mengaturkan jadual
pekerjaan untuk pegawai-pegawai dan kakitangannya yang bertugas pada hari Jumaat sehingga tidaklah terhalang orang-orang yang wajib Jumaat untuk menunaikannya.

Umpamanya dengan cara yang bijaksana, jika mungkin, kita
mengaturkan orang-orang yang tidak wajib jumaat seperti pegawai-pegawai dan kakitangan yang bukan beragama Islam untuk menjalankan tugas-tugas itu pada hari jumaat, ataupun memadai pegawai-pegawai
dan kakitangan yang beragama Islam itu hadir ke masjid dan selepas itu mereka akan mengambil alih semula tugas-tugas daripada pegawai-pegawai perempuan atau mereka yang bukan beragama Islam tadi.

Sekiranya tidak tedapat orang-orang yang bertugas itu mereka yang tidak wajib Jumaat, yakni semuanya wajib Jumaat belaka, maka hendaklah dipastikan serta dielakkan supaya pegawai-pegawai yang berkenaan itu, jangan sampai ada yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat secara berterusan atau
berturut-turut, dalam makna, mereka hendaklah digilir-gilir, umpamanya:

Jumaat ini si A yang bertugas sementara si B menunaikan Jumaat. Untuk Jumaat yang lain,
si A pula menunaikan sembahyang Jumaat sementara si B bertugas. Begitulah seterusnya.

Perlu diingat, bahawa amaran kerana;meninggalkan fardhu Jumaat secara berturut-turut tanpa uzur itu adalah sangat keras dan berat.

Banyak hadis Rasulullah Saw yang memberi amaran sekeras-
kerasnya kepada orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa keuzuran kerana
perbuatan tersebut adalah tanda bagi orang- orang munafiq dan menjadi sebab turunnya
kebinasaan di dunia dan di akhirat.

Nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang meninggalkan
sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia telah meletakkan Islam itu
di belakangnya (meninggalkannya).”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Di dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda:

“Barangsiapa yang meninggalkan
sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia adalah seorang munafiq.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Nabi saw bersabda kepada satu kaum, yang tidak bersembahyang
Jumaat:

“Sesungguhnya Nabi saw bersabda kepada satu kaum
yang meninggalkan sembahyang Jumaat: “Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”
(Hadis riwayat Muslim)

-wallahualambissawab-

Sbhg sumber dipetik drp artikel terbitan JAB. AGAMA ISLAM BRUNEI.