TAMAN SUCI SEROJA MERAH

TAMAN SUCI SEROJA MERAH
TAMAN SUCI SEROJA MERAH 1147

Thursday 7 June 2012

CINTA KEPADA ALLAH, RASUL DAN SESAMA INSAN

CINTA KEPADA ALLAH, RASUL DAN SESAMA INSAN

Cinta sesama manusia adalah fitrah yang telah dikurniakan oleh Allah yang Maha Esa. Semua orang teringin untik mengetahui bagaimanakah keadaan diri ini bila kita mencintai dan dicintai. Tak salah untuk berkasih, asalkan ianya kerana Allah. Jadi, laporan usrah kali ini akan membincangkan mengenai adab: kasih sayang kerana Allah, tafsir: Surah alFalaq, fiqh: khitbah(pertunangan) dan isu semasa sempena Maulidur Rasul.

ADAB: Kasih sayang kerana Allah SWT

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra, beliau berkata: “Nabi Muhammad saw bersabda: Seseorang itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah dia mengasihi seseorang hanya kerana Allah, sehinggalah dicampak ke dalam api lebih disukainya daripada kembali kufur selepas Allah menyelamatkannya; dan sehinggalah Allah dan Rasulnya lebih dia cintai berbanding yang lain daripada kedua-duanya.” -Hadis riwayat al-Bukhari-

Hadis ini jelas menerangkan tentang kasih sayang kerana Allah iaitu kita berkasih sayang kerana zat Allah semata-mata tanpa dicampuri oleh perasaan riak dan hawa nafsu. Antara pengajaran yang boleh kita dapat melalui hadis ini ialah:

1.Mencintai Allah Taala kerana hendak menuntut keredhaanNya semata-mata

Contohnya, kita suka berjihad kerana Allah. Mungkin bagi kita, berperang adalah jihad yang paling besar atau yang paling susah untuk kita lakukan. Tapi bagi para sahabat, berperang bagi mereka merupakan jihad yang paling kecil, jihad yang paling besar adalah bangun pada lewat malam untuk melakukan Qiamullail.

2. Lebih memilih dilemparkan ke dalam api daripada memilih kekufuran

Orang yang sempurna iman tak akan terbit daripadanya sesuatu yang boleh menjadikan dirinya orang kafir. Dia tidak akan mengingkari arahan-arahan Allah seperti menunaikan solat fardhu dan tidak akan menghalalkan perkara-perkara haram.

3. Lebih mengutamakan kecintaan kepada Allah dan RasulNya berbanding yang lain.

Pada pandangan orang yang beriman, hak Allah dan RasulNya adalah lebih utama/penting daripada hak ibu bapa, anak, isteri dan sesama manusia.

TAFSIR: Surah alFalaq

(1) Katakanlah Ya Muhammad: Aku berlindung kepada Tuhan yang menjadikan belahan.

(2) Dari kejahatan (makhluk) yang Dia jadikan.

(3) Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap-gelita.

(4) Dan daripada kejahatan wanita-wanita (tukang sihir) yang menghembus (menjampi) pada simpulan-simpulan.

(5) Dan daripada orang yang dengki apabila dia telah dengki.

Maksud perkataan

i)Menjadikan belahan: Membelah dan menampakkan sesuatu. Maksudnya, semua benda yang dibelah oleh Allah. Allah membelah bumi dengan tumbuh-tumbuhan, gunung dengan mata air, awan dengan hujan, rahim dengan anak

ii) Malam: Malam yang gelap gelita

iii) Apabila telah gelap-gelita: Bila malam menyelubungi dan melitupi semua hidupan

iv) Pada simpulan-simpulan: Adakah ia bermaksud simpulan yang telah diketahui umum, ataupun hubungan kasih sayang dan silaturrahim

Keterangan ayat

(1)Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad; Sesungguhnya aku berlindung dengan Tuhan semua makhluk. Makhluk yang terbit dari belahan bumi atau langit. (2) Aku berlindung denganNya daripada segala kejahatan dan penyakit yang menimpa diriku, keluarga, dakwah dan teman-temanku. (3)Aku berlindung denganMu daripada kejahatan malam apabila ia gelap gelita dan menyelubungi semua hidupan. Sesungguhnya kegelapannya menjadi tirai kepada semua penceroboh yang jahat. (4) Aku berlindung dengan Mu daripada jampi serapah yang dihembuskan kepada simpulan-simpulan. Maksudnya, aku berlindung dengan Mu daripada kejahatan manusia pengadu domba yang memutuskan ikatan kasih sayang. (5) Manusia pengadu domba berusaha memerah otak kerana ingin menimpakan keburukan terhadap orang yang didengkinya. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakannya. Tiada jalan untuk melepaskan diri daripadanya melainkan dengan berserah kepada Allah agar Dia melindungi kita daripada kejahatannya. Agar Dia menjaga kita daripada angkaranya. Sesungguhnya Dia berkuasa ke atas semua perkara.

ISU SEMASA: Maulidur Rasul

Semasa kelahiran Nabi Muhammad, pelbagai kejadian luar biasa yang berlaku. Antaranya:

1. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

2. Peperangan tentera bergajah yang disebut dalam alQuran, surah alFil, datang menyerang kota Mekah. Apabila mereka sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

3. Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

4. Di tempat yang lain pula, satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak manakal empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

5. Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hamper selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai Tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Peristiwa-peristiwa di atas jelas menunjukkan keistimewaan kelahiran Nabi Muhammad SAW kerana baginda merupakan khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Namun, ada sesetengah pendapat yang mengatakan hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bid’ah. Tetapi, Imam Mutawalli Sha’rawi telah menulis dalam kitabnya, Ma’idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295):

"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda SAW dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira diatas kelahiran baginda SAW, kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda SAW?"

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia berkembang sehinggalah sekarang.

Selain itu, Rasulullah SAW biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau.

Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain iaitu, "Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah menyelamatkan Nabi mereka, Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadis ini merupakan hadis yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut (Asyura) dan hari sebelumnya.

Berdasarkan perkara-perkara diatas, adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

FIQH: Khitbah (pertunangan)

Kesemua ciptaan Allah mempunyai perasaan bagaimanapun, terdapat perbezaan antara perasaan manusia dan perasaan haiwan. Bezanya, manusia pandai mengawal perasaannya dengan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang tak mampu untuk mengawal perasaannya. Jadi, nabi kita telah berpesan di dalam hadis yang bermaksud,

“Wahai golongan pemuda, barangsiapa yang mampu berkahwin maka berkahwinlah kerana hal itu akan menundukkan pandangan & membentengi kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka wajiblah berpuasa kerana puasa adalah penawar kepada nafsu syahwat baginya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam erti yang lain, hadis ini juga bermaksud dengan berkahwin, kita dapat mengawal nafsu kita. Sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, kita disunatkan untuk bertunang terlebih dahulu mengikut Mazhab Shafie. Antara hadis yang mensyariatkan khitbah ialah:

إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل

Apabila salah seorang daripada kalian hendak meminan

No comments:

Post a Comment