TAMAN SUCI SEROJA MERAH

TAMAN SUCI SEROJA MERAH
TAMAN SUCI SEROJA MERAH 1147

Friday 20 September 2013

KEFARDHUAN SEMBAHYANG JUMAAT

Tibalah hari Jumaat, penghulu bagi segala hari. Secara kebetulan pula saya sendiri dilahirkan pada hari Jumaat. =)

Namun ada peristiwa yang lagi besar tapi nampak kecil di mata kita, perkara berat tapi ramai yang meringankannya.

Mungkin ada diantara kita yang tidak amik endah berkenaan soal sembahyang Jumaat. Lalu disini saya kongsikan antara perintah daripada Allah swt dan pesanan daripada Rasulullah saw berkenaan sembahyang Jumaat.

Hukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu ‘ain apabila berhimpun syarat-syarat
sah sembahyang Jumaat itu.

Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah
berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu’ah:9)

Rasulullah saw juga menjelaskan akan kewajipan sembahyang
Jumaat itu sebagaimana sabdanya:

“Menyegerakan Jumaat itu wajib
ke atas setiap orang yang bermimpi (baligh).”
(Hadis riwayat an-Nasa’i)

Tersebut di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj:

Bahawa syara’ telah menentukan syarat-syarat wajib sembahyang Jumaat itu ke atas setiap orang yang Mukallaf iaitu baligh,
berakal, merdeka, lelaki, orang yang muqim,.yang tidak sakit dan lain-lain lagi seperti takut, tidak mempunyai pakaian, lapar dan dahaga. Dan tidak wajib Jumaat itu bagi kanak-kanak dan orang gila sebagaimana
pada sembahyang yang lain.

Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah:

“Tidak wajib Jumaat bagi orang yang pitam kerana pitam itu seperti orang gila, dan tidak
wajib bagi hamba, perempuan dan orang musafir yang diharuskan, sebagaimana sabda
Rasulullah saw:

“Sembahyang Jumaat itu hak
yang wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan
atau kanak-kanak atau orang sakit.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan lain-lain)

Sabda Baginda lagi:

“Tidaklah (wajib) sembahyang
Jumaat itu bagi orang yang musafir dan orang yang sakit.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab yang sama:

“Dan tidak wajib sembahyang Jumaat itu ke atas mereka yang berkeuzuran yang diberikan kelonggaran (rukhshah) pada
meninggalkan sembahyang berjemaah.”
(Kitab Mughni al-Muhtaj:1/376)

Dan berkata Ibnu ‘Abbas bahawa:

“Sembahyang Jumaat itu adalah seperti sembahyang berjemaah..”

Di antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang Jumaat ialah sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan
menyebabkan mayat menjadi busuk, dan orang yang menghidap penyakit cirit-birit dan takut akan mencemarkan kebersihan masjid.

Imam ar-Rafi’e juga menyebut di dalam kitab at-Tatimmah mengenai sembahyang berjemaah bahawa orang yang dipenjara (dikurung) itu juga adalah dianggap sebagai
keuzuran.
(Kitab Mughni al-Muhtaj:1/376)

Berkata asy-Syirazi di dalam kitab al-Muhadzdzab:

“Bahawa tidak wajib sembahyang
Jumaat itu bagi orang yang takut akan berlaku suatu yang tidak baik pada dirinya atau hartanya sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Ra bahawa Nabi saw bersabda:

"Barang siapa yang mendengar
seruan azan dan dia tidak pergi kepadanya untuk bersembahyang, maka tiada
sembahyang baginya kecuali orang-orang
yang mempunyai keuzuran”.

Mereka bertanya:

“Ya Rasulullah, apakah keuzuran itu?”

Baginda menjawab (bersabda):

“Tepat dan sakit.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Tidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang terkena hujan di dalam perjalanan
menuju ke masjid menyebabkan pakaiannya basah dan terhalang tujuannya untuk bersembahyang, dan tidak wajib ke atas orang
yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan dan tidak wajib pula ke atas
orang yang mempunyai keluarga (kerabat) atau menantu/ipar lelaki atau orang yang dikasihi yang hampir mati (nazak).
(Al-Muhadzdzab:1/152)

Beliau (asy-Syirazi) juga menyebutkan, diantara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang
berjemaah ialah kerana hujan lebat, berlumpur dan angin yang kuat di waktu malam yang sangat gelap, makanan yang
terhidang sedang dia merasa lapar atau menahan daripada kentut, berak dan kencing.
Daripada keuzuran berjemaah yang lain ialah orang yang takut akan berlaku sesuatu yang tidak baik (mudharat) pada dirinya atau hartanya atau dia sakit.
(Al-Muhadzdzab:1/131)

Imam an-Nawawi menyebutkan, di antara yang dikatakan keuzuran itu ialah apabila dia
takut daripada orang yang akan membuat zalim ke atas dirinya daripada sultan atau orang lain yang akan menzaliminya atau dia takut daripada pemiutang yang akan memenjarakannya atau dia mesti membayarnya sedangkan dia tidak berdaya.
Dan termasuk takut tentang sesuatu yang mengenai harta itu ialah jika sekiranya roti sudah dibakar di dapur dan periuknya sudah di atas api sedang tidak ada orang yang menjaga di tempat itu.
(Kitab al-Majmu’:4/100)

Maka daripada penjelasan terhadap kelonggaran (rukhshah) yang diharuskan bagi
meninggalkan sembahyang Jumaat itu, pegawai-pegawai yang ditugaskan bekerja pada waktu sembahyang Jumaat dan kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan, kerana tidak ada orang lain yang akan mengendalikannya,badalah keadaan tersebut termasuk dalam
keuzuran yang diharuskan syara’,
sebagaimana juga orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan, atau kerja tersebut tidak boleh ditinggalkannkerana mentaati ketua.

Di dalam Islam mentaati ketua itu adalah wajib pada perkara
yang bukan maksiat dan bukan menderhakankepada Allah dan RasulNya. Hal ini telah dijelaskan dalam firman Allah Ta’ala:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada uli al-amri (orang-orang yang berkuasa) daripada:kalangan kamu.”
(Surah an-Nisa’:59)

Baginda Rasulullah Saw
wasallam juga menjelaskan di dalam hadis daripada Ibnu ‘Umar, Nabi Saw bersabda:

“Bagi seorang Muslim itu adalah
wajib mendengar dan taat kepada orang yang berkuasa, sama ada dia menyukai atau
sebaliknya, kecuali dia diperintahkan melakukan perkara maksiat. Jika dia disuruh
melakukan perkara maksiat, maka tidak wajib mendengar dan mentaati (perkara itu).”
(Hadis riwayat Muslim)

Hendaklah diingat, bahawa pegawai yangnditugaskan itu janganlah dia bercita-cita atau
mengharapkan supaya bertugas pada waktu sembahyang Jumaat agar dia terlepas daripada pergi menunaikan sembahyang Jumaat.
Demikian juga menjadi kewajipan
ketua untuk memerhatikan dan mencari jalan dengan bijaksana bagi mengaturkan jadual
pekerjaan untuk pegawai-pegawai dan kakitangannya yang bertugas pada hari Jumaat sehingga tidaklah terhalang orang-orang yang wajib Jumaat untuk menunaikannya.

Umpamanya dengan cara yang bijaksana, jika mungkin, kita
mengaturkan orang-orang yang tidak wajib jumaat seperti pegawai-pegawai dan kakitangan yang bukan beragama Islam untuk menjalankan tugas-tugas itu pada hari jumaat, ataupun memadai pegawai-pegawai
dan kakitangan yang beragama Islam itu hadir ke masjid dan selepas itu mereka akan mengambil alih semula tugas-tugas daripada pegawai-pegawai perempuan atau mereka yang bukan beragama Islam tadi.

Sekiranya tidak tedapat orang-orang yang bertugas itu mereka yang tidak wajib Jumaat, yakni semuanya wajib Jumaat belaka, maka hendaklah dipastikan serta dielakkan supaya pegawai-pegawai yang berkenaan itu, jangan sampai ada yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat secara berterusan atau
berturut-turut, dalam makna, mereka hendaklah digilir-gilir, umpamanya:

Jumaat ini si A yang bertugas sementara si B menunaikan Jumaat. Untuk Jumaat yang lain,
si A pula menunaikan sembahyang Jumaat sementara si B bertugas. Begitulah seterusnya.

Perlu diingat, bahawa amaran kerana;meninggalkan fardhu Jumaat secara berturut-turut tanpa uzur itu adalah sangat keras dan berat.

Banyak hadis Rasulullah Saw yang memberi amaran sekeras-
kerasnya kepada orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa keuzuran kerana
perbuatan tersebut adalah tanda bagi orang- orang munafiq dan menjadi sebab turunnya
kebinasaan di dunia dan di akhirat.

Nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang meninggalkan
sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia telah meletakkan Islam itu
di belakangnya (meninggalkannya).”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Di dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda:

“Barangsiapa yang meninggalkan
sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia adalah seorang munafiq.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Nabi saw bersabda kepada satu kaum, yang tidak bersembahyang
Jumaat:

“Sesungguhnya Nabi saw bersabda kepada satu kaum
yang meninggalkan sembahyang Jumaat: “Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”
(Hadis riwayat Muslim)

-wallahualambissawab-

Sbhg sumber dipetik drp artikel terbitan JAB. AGAMA ISLAM BRUNEI.

Sunday 15 September 2013

Jenis-jenis Nafsu

Jenis-Jenis Nafsu Menurut Islam

Nafsu
Keinginan manusia yang tersirat dalam akal pikirannya (kecenderungan, dorongan) atau kehendak hati yg kuat.

Ada nafsu yang positif, iaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah tetapkan. Namun ada pula nafsu yang negatif, yaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan fikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah. 

Suatu pengertian yang meliputi segala tabiat-tabiat: spt. marah, nafsu berahi dan syahwat serta semua yang keji seperti hasad dengki, riak, dendam, sum'ah dan sebagainya. Nafsu ini ada juga pada binatang. Tapi tiada sama sekali pada malaikat. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau"

Berikut ini adalah jenis-jenis nafsu menurut Islam.


Nasfu Amarah 
Berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran. Mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya. Tunduk dan patuh kepada kehendak nafsu shahwat dan hasutan syaitan. Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranyahati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kpd diri serta persekitaran. Nafsu Amarah adalah tahap paling rendah bagi manusia.

Nafsu Lawamah
Adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan suatu kemungkaran. Golongan ini beramal tetapi masih ada riya, hasut-menghasut, dengki dan sebagainya. Ia juga adalah kelalaian dalam melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. Mereka yang dikuasai nafsu ini tetap melakukan kemungkaran dan perkara yang ditegah sekalipun mereka sedar perkara tersebut salah dan berdosa. Orang sebegini memliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar.

Antara sifat nafsu lawwamah adalah: 
1. Mencela diri sendiri 
2. Bertafakur dan berfikir 
3. Membuat kebajikan kerana ria 
4. Kagim pada diri sendiri yakni 'ujub 
5. Membuat sesuatu dengan sum'ah -agar dipuji 
6. Takjub pada diri sendiri

Nafsu Mulhamah
Dikenali juga sebagai Samiah adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat tercela dan sifat yang tidak baik (mazmumah). Walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri. Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.

Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah: 
1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa. 
2. Tak sayangkan harta 
3. Qanaah. 
4. Berilmu laduni 
5. Merendah diri/ tawwadu' 
6. Taubat hakiki 
7. Sabar hakiki 
8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan

Dalam konteks ilmu pula mereka bukan sahaja menguasai ilmu qalam malah sudah dapat menguasai ilmu ghaib menerusi tiga cara laduni iaitu nur, cara tajalli dan cara laduni di peringakat sir. Yang dimaksudkan dengan laduni peringkat sir ialah menerusi telinga batin yang terletak ditengah-tengah kepala yang biasanya dipanggil bahagian tanaffas. Suara yang diterima amat jelas sekali. Tak ubah seperti mendengar suara telefon. Pada masa yang sama pendengaran zahir tetap tidak terganggu walaupun masa menerima laduni sir itu ada kawan berbual. Biasanya suara ghaib itu adalah waliyulah atau ambia yang merupaka guru-guru ghaib yang bertugas mengajar ilmu ghaib pada mereka yang diperingkat mulhamah. Tapi perlu ingat guru murysid zahir kita tetap guru. Malah Guru mursyid kita sebenarnya telah berkomunikasi terlebih dahulu dengan guru-guru ghaib ini. Sebab tu kalau tak ada murysid kita akan terpedaya dengan syaitan dan jin yang menyamar. Pembukaan telinga batin ini pada awalnya berlaku seakan suatu bisikan suara yang dapat dibahagian dalam anak telinga, dimana pada permulaannya merasa berdesing. Kemudian barulah dapat dengar jelas.


Nafsu Mutmainah
Adalah nafsu yang lemah lembut, mereka mendapat ketenangan dan menghilangkan gelisah di jiwa. Mereka adalah orang yang soleh.

Pada peringkat ini jiwa mutmainnah merasakan ketenagan hidup yang hakiki yang bukan dibuat-buat. Tidak ada lagi perasaan gelisah. Semuanya lahir dari tauhidnya yang tinggi dan mendalam. Tauhid yang sejati dan hakiki. Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja. Pada maqam inilah permulaan mendapat darjat wali kecil. 

Antara sifat-sifat maqam ini adalah: 
1. Taqwa yang benar. 
2. Arif 
3. Syukur yang benar 
4. Tawakkal yang hakiki 
5. Kuat beribadat 
6. Redha dengan ketentuan Allah 
7. Murah hati dan seronok bersedekah. 
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.

Nafsu Radhiah
Adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk mencintai Allah sepenuhnya. Mereka bergaul dengan orang banyak tetapi hatinya semata-mata hanya kepada Allah. Mereka bisa juga disebut sebagai Wali
Allah. Dinamakan radhiah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya.

Pada tahap radhiah ini ,ia melihat melalui basyirahnya, merenung dengan kasyafnya , bertindak melalui perintah ilmu laduninya.Mulutnya dan doanya sangat mustajab.'Barang dipinta barang jadi" 

Orang dimaqam ini kadang-kadang perbuatannya menyalahi syariat.Percakapan kadang-kadang menyinggung orang biasa yang tak faham tapi dikeluarkan tanpa sengaja.Masih lagi mengalami fana qalbi.tapi tidak menentu.Hidupnya ibarat dilambung gelora cinta seolah terapung bersama-sama Allah.Hanya memandang dan menyaksikan sesuatu bahawa tiada suatu yang wujud di dunia ini melainkan wajah Allah semata-mata:

Sifat-sifatnya:
1. Ikhlas
2. Warak
3. Zahid, zuhud
4. Dan lain-lain lagi yang baik.


Nafsu Mardiah

Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi", maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata.Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri. Inilah dinyatakan sebagai Abu Yazib Bistami: "Subha Inni.."

"Pandanglah yang satu pada yang banyak"

Peringkat ini sudah tenggelam dalam fana baqabillah. Pada peringkat inilah suka mengasingkan diri,tidak suka bergaul lagi dengan makhluk. 

Namun begitu ia mmepunyai kesedaran dua alam sekaligus. Zahir dan batin. Dan ia akam kemabli normal seperti biasa. Kalau peringkat sebelum ini mungkin sampai tak terurus. 

Konsep perjalanannya lebih kurang dengan radhiah.mereka berpegang kepada konsep: 
Firman Allah: 
"Apa yang di sisi kamu itu pasti lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal". 

Perkataan syatahah sudah hilang.Mereka suka hidup nafsu nafsi. 
Sabda Rasulullah s.a.w: 
"Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang , maka dekatilah ia.Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmah" 

Menyentuh tentang zikirnya, zikirnya adalah zikir rahsia, tidak lagi ada lafaz dengan lidah mahupun hati, tapi seluruh anggota zahir dan batin mengucapkan dengan zikir rahsia yang didengar oleh telinga batin di maqam tanaffas. Zikirnya tidak pernah terganggu dengan alam zahir walaupun dia tengah bercakap atau buat apa sahajapun. 

Firman Allah: 
"Orang-orang berzikir kepada Allah sambil berdiri, sambil duduk dan dalam keadaan berbaring..." 

Bagi mereka di maqam ini setiap perbuatan, perkataan, penglihatan dan apa sahaja adalah zikir. 

Pada tahap ini mempunyai kekeramatan yang amat luar biasan. Namun biasanya jarang sekali menzahirkannya kelebihannya itu. Dari segi ilmu, mereka sudah memperolehi ilmu semua peringkat sebelum ini iaitu nur, tajalli, sir, sirussir malah ditambah lagi dengan cara tawasul/yaitu secara jaga dengan ambia dan waliyullah. Kehadiran wali-wali kepada orang maqam mardiah ini lebih merupakan penghormatan dan ziarah sahaja. sambil berbincang-bincang. Mereka berpeluang menjelajah seluruh alam alam maya dan alam ghaib termasuk syurga, neraka dan sebagainya. Mereka berupaya melawat bermacam-macam tempat samada dengan pecahan diri batinnya atau dengan jasad sekali. Malah dalam satu masa boleh menjelma di pelbagai tempat. Ini dipanggil "Khawa Fulkhawaf". Ianya berlaku tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal 

Sifat-sifatnya: 
1. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah 
2. Lemah lembut pergaulannya 
3. Elok dan tingginya budi 
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini. 

Nafsu Kamaliah

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya. 

Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil Ilham.


Kebanyakan sumber yang diringkaskan adalah dari: http://tauhidulwujudiah.webs.com/martabatnafsu.htm

Saturday 14 September 2013

Ketaqwaan penjelasan dari Al-Quran dan Hadith

(Sepertimana yang disusun dalam kitab Riyadh Us Saliheen)

Allah Ta'ala berfirman:

"Hai sekalian orang yang beriman, bertaqwalah engkau semua kepada Allah dengan sebenar-benarnya ketaqwaan."
(Ali-Imran: 102)

Allah Ta'ala berfirman pula: "Maka bertaqwalah engkau semua kepada Allah sekuat-kuatmu."
(at-Taghabun: 16)

Ayat ini menjelaskan apa yang dimaksudkan dari ayat yang pertama.

Lagi Allah Ta'ala berfirman:

"Hai sekalian orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang benar -sesuai dengan apa yang sesungguhnya."
(al-Ahzab: 70)

Ayat-ayat yang berhubungan dengan perintah bertaqwa itu banyak sekali dan dapat dimaklumi.

Allah Ta'ala berfirman lagi:

"Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan membuat untuknya jalan keluar -dari segala macam kesulitan- dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."
(at-Thalaq: 2-3)

Allah Ta'ala berfirman pula:

"Jikalau engkau semua bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan untukmu semua pembedaan -antara kebenaran dan kesalahan, juga menutupi kesalahan-kesalahanmu serta mengampuni dosamu dan Allah itu memiliki keutamaan yang agung." (al-Anfal: 29)

Ayat-ayat dalam bab ini banyak sekali dan dapat dimaklumi. Adapun Hadits-haditsnya ialah;

Pertama:

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. ditanya:

"Ya Rasulullah, siapakah orang yang semulia-mulianya?"

Baginda s.a.w. bersabda:

"Iaitu orang yang bertaqwa diantara engkau semua."

Orang-orang berkata: "Bukan ini yang kita tanyakan."

Baginda s.a.w, menjawab: "Kalau begitu ialah Nabi Yusuf, ia adalah Nabiyullah, putera Nabiyullah dan inipun putera Nabiyullah pula dan ini adalah putera khalilullah -kekasih Allah yakni bahwa Nabi Yusuf itu adalah putera Nabi Ya'qub putera Nabi Ishaq putera Nabi Ibrahim yaitu Khalilullah."

Orang-orang berkata lagi: "Bukan ini yang kita tanyakan."

Baginda s.a.w. menjawab pula:

"Jadi tentang orang-orang yang merupakan pelikan-pelikan -pembesar-pembesar- dari bangsa Arab yang engkau semua tanyakan padaku? Orang-orang yang merupakan pilihan diantara bangsa Arab itu di zaman Jahiliyah, itu pulalah yang merupakan orang-orang pilihan di zaman Islam, jikalau mereka mengerti hukum-hukum agama." (Muttafaq 'alaih).

Lafaz Faquhuu jika dibaca dengan didhammahkan qafnya adalah masyhur, tetapi ada yang mengatakan dengan mengkasrahkan qaf, lalu dibaca Faqihuu, artinya ialah 'mengerti akan hukum-hukum syara'."

Kedua:

Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau yakni lezat dan nyaman  dan sesungguhnya Allah itu menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu, maka itu Dia akan melihat apa-apa yang engkau lakukan. Oleh karenanya, maka takutilah harta dunia dan takutilah pula tipu daya kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah yang bercokol di kalangan kaum Bani Israil adalah dalam persoalan kaum wanita."
(Riwayat Muslim)

Ketiga:

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohonkan padaMu akan petunjuk, ketaqwaan, menahan diri dari apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati."
(Riwayat Muslim)

Keempat:

Dari Abu Tharif, yaitu 'Adi bin Hatim Aththa'i r.a., katanya;

"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda":

"Barangsiapa yang bersumpah atas sesuatu persumpahan, kemudian ia mengetahui hal yang keadaannya lebih menjurus kepada ketaqwaan terhadap Allah daripada persumpahan yang dilakukannya tadi, maka hendaklah mendatangi -memilih- ketaqwaan itu saja." (Riwayat Muslim)

Kelima:

Dari Abu Umamah yaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah dalam haji wada' -haji terakhir bagi beliau s.a.w. sebagai mohon diri, kemudian beliau s.a.w. bersabda:

"Bertaqwalah kepada Allah, kerjakanlah shalat lima waktumu, lakukanlah Puasa dalam bulanmu -Ramadhan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah pemegang-pemegang pemerintahanmu, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dalam akhir kitab bab shalat dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan shahih.

Wednesday 11 September 2013

Sifat 20 Bagi Allah

Sifat 20 Bagi ALLAH

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil
didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri.
Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri
atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

SIFAT 20 (sambungan)

Didalam mempelajari sifat dua puluh yang wajib bagi Allah, kita menghadapi beberapa istilah yang tertulisdi sebahagian kitab-kitab Tauhid, istilah-istilah ini adalah kategori sifat-sifat dua puluh yang telah jelaskan oleh para ulama, dari dua puluh sifat yang wajib memiliki empat kategori,

( 1 ) sifat Nafsiyyah,
( 2 ) sifat Salbiyyah
( 3 ) sifat Ma`ani
( 4 ) sifat Maknawiyyah.

I - Sifat Nafsiyyah adalah :

Sifat yang menetetapkan adanya Allah dan menunjukkan kepada ZatNya Allah tanpa ada sesuatu
tambahan pada Zat.

Maksud sifat yang tetap adalah :

Adanya sifat tersebut pada Zat Allah yang menunjukkan Allah itu ada, bukan seperti sifat salbiyah, sebab sifat salbiyyah tidak tetap
pada Zat, tetapi hanya menolak sifat-sifat yang tidak patut dan layak kepada ZatNya Allah s.w.t.

Dan maksud tanpa ada sesuatu tambahan pada Zat adalah :

Sifat Nafsiyyah ini bukanlah tambahan pada Zat, Sifat Nafsiyyah tidak seperti sifat Ma`ani yang mana sifat Ma`ani
tambahan dari ZatNya. Adapun sifat Nafsiyyah adalah sifat WujudNya Allah s.w.t, dengan maksud bahwa wujudnya Allah itu adalah tetap pada ZatNya Allah dan bukan tambahan dari Zat Allah.
Maka wajib Allah bersifat Wujud, mustahil bersifat Allah tidak ada
Allah berfirman :

”Sesungguhnya Tuhan kamu ialah
Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia beristawa di atas Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk
kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam”.
(Al-A’râf:54).

II - Sifat Salbiyyah

Sifat Salabiyyah adalah sifat yang menolak segala sifat-sifat yang tidak layak dan patut bagi Allah s.w.t, sebab Allah Maha sempurna dan tidak memiliki kekurangan.

Sifat Salbiyyah ada lima sifat :

1 - Qidam

Sifat Qidam menolak adanya permulaan bagi Allah s.w.t , dengan kata lain adanya Allah s.w.t tidak didahului oleh tidak ada, mustahil
bagi Allah bermula dengan tidak ada.

Allah berfirman :

َ“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir,
Yang Lahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”
(Al Hadiid:3)

2 - Baqa`

Sifat Baqa` menolak adanya kesudahan dan kebinasaan Wujud Allah s.w.t, mustahil bagi Allah bersifat Fana` atau binasa.

Allah berfirman :

”Tiap-tiap sesuatu pasti binasa,
kecuali Allah. Bagi-Nya lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.”
(al-Qashash: 88).

3 - Mukhalafatu Lil Hawadith
Mukhalafatu Lil Hawadith
( Berbeda denganyang baharu )

Adalah sifat yang menolak
adanya persamaan Zat, Sifat dan Perbuatan Allah dengan Zat, sifat dan perbuatan baharu, dengan makna lain Allah tidak seperti makhluknya.

Allah berfirman :

”Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(QS. As-Syura : 11).

4 - Qiyamuhu Bi Nafsih Qiyamuhu Bi Nafsih
( Berdiri Allah dengan sendiri-Nya )

Sifat ini menolak adanya Allah berdiri dengan yang lainnya, dengan makna lain, Allah tidak memerlukan bantuan dan pertolongan dari yang lainnya, bahkan Allah berdiri sendiri, tidak memerlukan pencipta sebab Dia Maha Pencipta, tidak memerlukan
pembantu sebab Dia Maha Kuasa, tidak memerlukan tempat sebab Dia yang menjadikanya, tidak memerlukan waktu dan masa sebab di kekuasaan-Nyalah waktu dan masa.

”Sesungguhnya Allah SWT benar-
benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”
(al-Ankabut : 6).

5 - Wahdaniyyah Wahdaniyyah
( Esa )

Maknanya adalah Allah memiliki yang Maha Esa, Esa pada Zat, Esa
pada sifat dan Esa pada perbuatan, sifat ini menolak adanya Kam yang lima :

a - Zat Allah tidak tersusun dari beberapa unsur ataupun anggota badan.

b - Tidak ada satupun Zat yang sama seperti Zat-Nya Allah.

c - Sifat Allah tidak terdiri dari dua sifat yang sama, seperti adanya dua Qudrah.

d - Tidak ada satupun sifat di dunia ini yang sama seperti sifat Allah.

e - Tidak ada satupun di dunia ini yang sama seperti perbuatan Allah. Dengan kata lain Allah tidak memiliki Zat Esa, tidak ada seorang makhluk pun yang sama
Zatnya dengan Allah, Allah memiliki Sifat yang Esa, tidak ada seorang pun yang bersifat dengan sifat Allah, Allah memiliki perbuatan yang Esa, tidak ada di dunia ini yang sama perbuatannya dengan Allah.

Allah berfirman :

“Sekiranya ada di langit dan di bumi
tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu Telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ’Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.”
(al-Anbiya’: 22).

III - Sifat Ma`ani

Sifat Ma`ani adalah sifat yang keberadaannya berdiri pada Zat Allah s.w.t yang wajib baginya hukum. Sifat ini terdiri dari tujuh sifat.

1 - Qudrah
Qudrah ( Maha Kuasa ) adalah sifat yang azali yang berada pasti pada Zat-Nya Allah s.w.t yang Kuasa menjadikan dan menghancurkan setiap yang mungkin sesuai dengan IradahNya.

Allah berfirman :

”Dan tiada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
(al-Fatir: 44).

2 - Iradah
Iradah ( Maha Berkehendak ) adalah sifat azali yang berada pada Zat-Nya Allah s.w.t menentukan sesuatu yang mungkin dengan sebahagian yang boleh terhadapnya, seperti Allah menentuka bahwa Zaid pintar dan Ziyad bodoh.

Allah berfirman :

” Sesungguhnya perkataan Kami
terhadap sesuatu apabila Kami
menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: “Kun (jadilah)”, maka jadilah ia.”
(an-Nahl: 40).

3 - Ilmu
Ilmu ( Maha Mengetahui ) adalah sifat Qadim yang berada pada Zat-Nya Allah s.w.t Mengetahui seluruh sesuatu yang bersangkut
paut dengan sekalian yang wajib, mustahil, dan yang boleh tanpa didahului oleh sesuatu yang menutupi pengetahun-Nya.

Allah berfirman :

“Dan Allah memiliki kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia, dan Dia mengetahui apa yang di daratan
dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu basah atau kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata
(Lauh Mahfudz)”
[Al An’aam:59]

4 - Hayat
Hayat ( Maha Hidup ) adalah sifat yang Qadim berdiri pada Zat Allah s.w.t yang Maha Hidup, dengan adanya sifat Hayat menetapkan dan mengkuatkan adanya sifat Qudrat, Iradat, Ilmu, Sama` Bashar dan Kalam, hidupnya Allah yang kekal dan abadi.

Allah berfirman :

”Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin- Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah
tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”
(al-Baqarah: 255).

5 - Sama`
Sama` ( Maha Mendengar ) adalah sifat yang qadim berdiri pada Zat-Nya Allah s.w.t yang Maha Mendengar dari seluruh yang ada baik suara ataupun selainnya.

Allah berfirman :

َ“Janganlah kamu berdua khawatir,
sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku Maha mendengar dan Maha melihat”.
(Thaha:46).

6 - Bashor
Bashor ( Maha Melihat ) adalah sifat yang qadim yang berdiri pada zat Allah s.w.t Maha Melihat segala sesuatu yang ada, baik yang jelas, yang tersembunyi, maupun yang samar-samar.

Allah berfirman :

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar
lagi Maha Melihat.”
(as-Syura: 11).

7 - Kalam
Kalam ( Maha Berbicara ) adalah sifat yang qadim yang berdiri pada Zat-Nya Allah yang Maha berbicara tanpa menggunakan huruf dan suara, tanpa i`rab dan dan bina` dan Maha suci dari sifat-sifat kalam yang baharu.

Allah berfirman :

”…Dan Allah telah berbicara kepada
Musa dengan langsung”.
(An-Nisâ: 164).

IV - Sifat Ma`nawiyyah
Sifat Ma`nawiyah adalah sifat-sifat yang melazimi dari sifat Ma`ani, dengan kata lain sifat Ma`nawiyah adalah sifat yang wujud disebabkan adanya sifat Ma`ani, seperti Allah memiliki sifat kuasa, maka lazimlah Allah itu
keadaannya Kuasa.

Sifat Ma`nawiyah terdiri dari tujuh sifat :

1 - Kaunuhu Qaadiran
2 - Kaunuhu Muridan
3 - Kaunuhu `Aliman
4 - Kaunuhu Hayyan
5 - kaunuhu Sami`an
6 - Kaunuhu Bashiran
7- kaunuhu Mutakalliman.