TAMAN SUCI SEROJA MERAH

TAMAN SUCI SEROJA MERAH
TAMAN SUCI SEROJA MERAH 1147

Tuesday 19 February 2013

Black Ops: Operasi Sabah Selamanya


NOTA PENULIS (militaryofmalaysia.net) : Artikel ini ditulis untuk bangsa saya, untuk saudara-saudara kita di Sabah yang sedang hebat diracun dengan perpecahan ia juga ditulis untuk para pejuang Islam Melayu Moro dan pasukan komando kita yang sentiasa mendapat tempat di hati saya.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, operasi penuh getir angkatan tentera kita yang tidak diketahui umum diceritakan penuh detail oleh saya, Shahpaskal (Google tak akan jumpa punya, hehehe).
Saya fikir sudah sampai masanya artikel ini ditulis, tambah lagi, saya lihat elemen-elemen untuk menghasut rakyat Sabah dan Sarawak semakin kencang bertiup dalam internet termasuk Facebook. Saya kesal kerana petualang-petualang ini masih berleluasa dan saya harap kerajaan bertindak sekeras-kerasnya terhadapa elemen ini.
Artikel ini juga ditulis untuk menyedarkan generasi muda Sabah punca-punca kepada suara-suara hasutan ini berarak dalam dunia siber dan banyak lagi pendedahan akan menyusul selepas ini, Insya Allah.

1. Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dunia antarabangsa berkata sesama sendiri bahawa negara ini akan musnah dan terjerumus dalam konflik berdarah akibat rasnya terbahagi kepada tiga iaitu Melayu, Cina, India serta bumiputra yang lain.

2. Tidak ada negara dalam dunia yang akan kekal aman apabila kaum-kaum minoriti ini dari segi bilangan mengampiri jumlah kaum majoriti dan kuasa ekonomi pula dikuasai oleh bukan anak bangsa.
3. Sri Lanka juga merdeka dalam tempoh yang sama, negara pulau ini akan berjaya kerana masyarakatnya Sinhalese dan Tamil berkongsi jurai keturunan yang sama – itulah kata mereka (Sri Langka kemudian terjerumus dalam kancah perang perkauman selama berpuluh tahun)
4. Di Selatan Filiphina, bangsa Melayu yang dikenali sebagai orang Moro tersepit dan dijarah dengan penjajahan budaya serta agama.
5. Dihimpit dari pelbagai arah, akhirnya orang-orang Melayu Moro ini bangkit dengan kekuatan senjata, menentang ketidakadilan dan berjuang dengan titisan air mata dan darah untuk “survival” bangsa, budaya dan agama.
6. Pelbagai doktrin kejam dikenakan ke atas mereka tetapi akhirnya impian mereka menjadi nyata apabila kerajaan Filiphina dan MILF digandingkan oleh para pemimpin kita seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan DatukSeri Dr Zahid Hamidi bertemu untuk berdamai.
7. Berbalik kepada Persekutuan Tanah Melayu, akhirnya catur yang mereka (kuasa besar) mainkan gagal, dengan izin Allah, Persekutuan Tanah Melayu terus wujud aman dan negeri-negeri jiran yang berada di bawah naungan British, mahu masuk ke dalam persekutuan itu apabila dikhabarkan sebuah negara baru akan terbentuk iaitu MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment