TAMAN SUCI SEROJA MERAH

TAMAN SUCI SEROJA MERAH
TAMAN SUCI SEROJA MERAH 1147

Saturday 20 August 2011

Ilmu kebatinan jalan mengenal Allah?


Ini kali pertama aku bercerita tentang bab ini. Sebenarnya telah lama isu ini bermain di minda mereka yang berminat dengan persilatan, atau yang lebih tepat, ilmu kebatinan.

Kalau kita lihat di laman web JAKIM, ada diantara aliran persilatan itu dikategorikan sebagai sesat. Kenapa? jawapan yang tepat perlulah ditanya sendiri kepada pihak yang mengharamkannya.

Daripada pandangan aku (hanya sekadar pandangan), berdasarkan pengalaman, ilmu kebatinan itu menjadi salah sekiranya terdapat unsur pemujaan, syirik dan amalan yang terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar ataupun yang bertentangan dengan hukum syara'. Firman Allah SWT dalam Surah Yunus ayat 106 yang bermaksud :


"Dan janganlah engkau ( Wahai Muhammad S.A.W.)menyembah atau memuja yang lain dari Allah SWT , yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan tidak dapat juga mendatangkan mudharat kepadamu. 
Oleh itu, sekiranyakamu mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dariorang -orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)"

Persoalannya disini, adakah ilmu kebatinan itu salah satu jalan untuk mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah? Disini aku hendak bercerita tentang pengalaman aku sendiri. Apa yang aku alami.

Sebagai orang muda, terus teranglah aku katakan, sangat jaranglah aku hendak menunaikan segala perintah yang wajib. Solat terabai, apatah lagi amalan ibadah yang lain seperti berzikir dan sebagainya. Solat jumaat, itu pun kadang-kadang bila rasa nak pergi.

Namun pada suatu hari, ditakdirkan aku berjumpa dengan seorang pakcik. Pakcik ni mengenalkan aku berkenaan ilmu beladiri dan kebatinan. Apa yang menarik, walaupun berguling-guling bersilat, ilmu keagamaan dipupuk secara hikmah. Setiap amalan kebatinan itu dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, doa kepada Allah beserta selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam beramal ilmu kebatinan itu juga, aku diajar segala bentuk zikir yang sebenarnya adalah zikir harian kita seperti astaghfirullah, lailahaillah dan sebaginya. Dan untuk memantapkan ilmu kebatinan itu, aku perlu mematuhi segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Untuk beramal pula, mestilah dimulakan dengan solat sunat 2 rakaat yang mana solat sunat itu juga perlu dilakukan setelah menunaikan solat maghrib ataupun isyak. Bayangkan kalau hanya 5 amalan aku diijazahkan, bermakna 10 rakaat solat sunat aku perlu lakukan setiap malam.

Pada mulanya, segala amalan yang aku lakukan hanyalah kerana ilmu kebatinan itu.. kerana mahukan hasil, untuk digunakan dalam beladiri. Tetapi, apabila sudah kerap melakukannya, secara tiba-tiba kemahuan untuk menjadi hebat dalam ilmu kebatinan lesap. Kerana apa yang diamalkan selama ini bermula untuk menjadi hebat, telah mendidik aku untuk rajin bersolat dan berzikir. Setiap masa, dimana-mana sahaja, tidak lekang dibibir dan dihati untuk mengingat Allah.

Kemana aku pergi, segala apa yang aku lakukan, aku hanya berserah kepada Allah. Hampir setiap masa, apabila teringat, aku akan beristighfar dan berselawat. Apabila perkara ini aku ajukan kepada pakcik merangkap guru, jawapan yang diberikan adalah

"Susah untuk kita menarik anak-anak muda supaya belajar fardhu ain, pergi ke masjid, dengar ceramah agama, buat itu, buat ini. Cara yang mudah adalah tawarkan sesuatu yang menjadi minat mereka dan didik secara hikmah, insyaAllah, akan berubahlah mereka menjadi insan yang beriman"

So, kesimpulannya, tidak semua ilmu kebatinan itu salah. Kerana apa yang telah aku alami, benar-benar telah memberi kesan yang mendalam ke

No comments:

Post a Comment